top of page

Manual pengguna

Cara membuat e-nilam

1. Apabila anda sampai ke laman web E-Nilam SMAAT, halakan cursor anda pada sektor nilam di butang navigasi. Kemudian, klik pada salah satu bahagian e-Nilam. Bagi pelajar, klik pada e-Nilam Murid manakala bagi guru, klik pada e-Nilam Guru.

2. Seterusnya, apabila anda klik pada salah satu bahagian e-Nilam, anda akan dibawa ke borang maklumat e-Nilam, sebagaimana yang anda lakukan di dalam buku nilam, isikan setiap ruangan dengan lengkap mengikut apa yang dimahukan oleh borang e-Nilam tersebut. 

3. Isikan nama, tingkatan dan kelas yang anda duduki di Sekolah Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa, bagi borang e-Nilam guru, anda hanya perlu mengisi nama dan juga kad pengenalan sahaja.

4. Selepas itu, isi butiran-butiran nilam yang diperlukan berdasarkan buku atau bahan bacaan yang anda baca, nyatakan judul buku, bilangan muka surat, nama penerbit, nama pengarang dan juga sumber contohnya perpustakaan, laman web(berikan alamat laman web jika ada), surat khabar, buku rujukan dan sebagainya.

5. Anda juga perlu melengkapkan bahagian-bahagian lain yang diperlukan seperti tarikh bacaan, tahun terbitan, jenis buku, ringkasan bacaan (rumusan buku) dan juga pengajaran yang anda dapat daripada membaca buku tersebut. Kemudian, anda boleh klik pada butang submit supaya borang tersebut sampai ke guru nilam sekolah.

6. Apabila anda klik pada butang submit, ia akan keluar begini dan ini menandakan anda sudah berjaya membuat E-Nilam berdasarkan buku yang anda baca. Ulang langkah yang pertama semula jika anda ingin melakukan E-Nilam untuk buku lain yang telah anda baca. Selamat mencuba !!! :D 

Sekarang, anda sudah tahu cara membuat e-Nilam, mari kita cuba melakukannya !!

Kami juga ada menyediakan aplikasi E-Nilam SMAAT, anda boleh muat turunnya sekarang !!!

Hak Cipta Terpelihara © 2018 by The Einstein

Kutub Khanah Zaman,SMK Tan Sri Haji Abdul

Aziz Tapa, Jasin, Melaka.
Sesuai dalam paparan IE versi 8.0 ke atas, Google Chrome 32.0 ke atas Mozilla Firefox versi 30.0 ke atas dan Opera 32.0 ke atas.
Resolusi sesuai adalah 1280 x 720

Powered by :

Kami Di Sini !

bottom of page